Saturday, March 1, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    V diganggu wanita tidak dikenali

    Seorang wanita berusia 20an ditahan polis Korea Selatan atas dakwaan mengganggu salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V.

    Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis itu, wanita berkenaan menunggu V atau Kim Tae Hyung, 28, di luar kawasan perumahan milik penyanyi tersebut.

    Menurut mStar, wanita itu kemudian memasuki tempat letak kereta kondominium berkenaan apabila melihat kenderaan yang membawa V masuk ke ruang berkenaan.

    Tidak berhenti di situ dia turut mengekori V sehingga masuk ke dalam lif dan cuba berbual dengan penyanyi pujaannya itu.

    Wanita itu juga bertindak pelik apabila menyerahkan sijil daftar pernikahannya kepada V tanpa sebarang tujuan sebelum dia berlalu pergi.

    Susulan kejadian itu pihak polis berjaya membuat penahanan berdasarkan maklumat pada dokumen yang diberikan kepada V.

    Polis juga menyebut wanita tersebut mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini.

    Pihak pengurusan BTS dalam satu kenyataan menyebut mereka tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana perbuatan mengganggu artis mereka selain mengancam keselamatan. – Agensi

    Pihak pengurusan bimbang privasi V diganggu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda