MIRI – Unit Anggota Sukarelawan Bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia No. 57 (VAD 57) Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) buat 12 tahun berturut-turut, telah dianugerahkan ‘Anugerah Unit VAD Terbaik’ Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi anggota sukarelawan bantuan paling cemerlang di Sarawak.
Anugerah Unit VAD Terbaik dikenal pasti berikutan sumbangan dan per-khidmatan unit-unit VAD yang cemerlang pada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Sarawak, termasuk pencapaian tertinggi dalam pengurusan kursus, latihan, pengumpulan dana dan projek-projek kemasyarakatan, mesyuarat-mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan. Ia juga mengenal pasti sumbangan unit-unit pada pengurusan peperiksaan dan pertandingan-pertandingan Persatuan Bulan Sabit Merah dan pencapaian-pencapaian ahli-ahli mereka.
Sebagai tambahan, bekas komandan VAD 57, Wong Jun Khen dianugerahkan Anugerah Komandan VAD Terbaik dan komandan ketika ini, Chung Chen Yee dianugerahkan Anugerah Ketua VAD Terbaik, di atas perkhidmatan sukare-lawan yang cemerlang dalam unitnya, mengendalikan latihan, dan mengurus serta membekalkan tenaga manusia untuk projek-projek dan aktiviti-aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah.
Sementara itu, dua ahli komiti dalam unit itu, Nikki Khoo Xin Ying dan Russell Ng Wei Wern mendapat anugerah gangsa bagi perkhidmatan cemerlang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah dan unit mereka sepanjang 2019.
Anugerah-anugerah tersebut diumumkan pada Malam Pengiktirafan Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Sarawak, yang berlangsung secara virtual dan penstriman langsung buat pertama kali berikutan pandemik COVID-19. Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Geroge Chan Hong Nam memberikan ucapan rasmi ketika acara dalam talian tersebut. Dr Chan juga merupakan Pro-Canselor Curtin Malaysia.
Lebih daripada 40 kategori anugerah telah diberikan kepada para pegawai, ketua dan ahli dan sukarelawan seluruh Sarawak di atas perkhidmatan dedikasi mereka pada Persatuan Bulan Sabit Merah dan masyarakat sepanjang 2019.
Kebanyakan mereka memberikan perkhidmatan masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui aktiviti-aktiviti seperti pendermaan darah bergerak, pengagihan makanan, dan pembuatan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) secara DIY.