Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vadel Badjideh rindukan keluarga, sebulan dalam lokap

    Personaliti media sosial Vadel Badjideh sering menangis selepas lebih sebulan ditahan di sebuah lokap di Jakarta, Indonesia.

    Menurut ibunya iaitu Titin Badjideh memberitahu anaknya itu bukan sahaja tidak selesa berada di lokap malah merindui berkumpul bersama keluarga, lapor mStar.

    Malah dia juga berharapan agar ahli keluarga datang melawatnya di lokap pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

    “Dia harap ahli keluarga akan datang melawat di hari raya nanti, dia mahu satu keluarga berkumpul,” katanya.

    Sementara itu, peguam mewakilinya, Razman Nasution memberitahu Vadel kini berada dalam keadaan tidak sihat.

    Dia bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut masalah kesihatan personaliti media sosial itu.

    Razman memberitahu pihaknya juga akan memantau keadaan Vadel dari semasa ke semasa selain berharap kesihatan mentalnya terus dalam keadaan baik.

    “Kami difahamkan dia juga sedang sakit, mungkin kerana sudah lebih 20 hari di ditahan,” luahnya. – Agensi

    Vadel Badjideh, personaliti media sosial Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda