Personaliti media sosial Indonesia, Vadel Badjideh tidak percaya teman wanitanya iaitu Laura Meizani sudah mempunyai pengganti.
Memetik laporan mStar, ia susulan ibu Laura iaitu Nikita Mirzani memuat naik foto anak perempuannya itu bersama seorang lelaki di Instagram sebelum memadam gambar berkenaan.
Kata Vadel, 20, langsung tiada perasaan cemburu terbit dihatinya ketika melihat gambar tersebut kerana lebih mengenali Laura atau mesra disapa Lolly.
“Kenapa perlu cemburu? Saya yang menemani dia dari dulu sampai sekarang.
“Kalau awak suruh saya percaya, saya tak percaya!,” katanya.
Vadel sebaliknya gembira melihat senyuman Laura dalam foto tersebut dan mendoakan agar kekasihnya itu dapat menjalani kehidupan bahagia. Kata Vadel, dia akan tetap setia dengan Laura dan tidak akan sesekali melepaskannya.
“Alhamdulillah saya tumpang gembira jika Lolly gembira sebab itulah yang saya harapkan.
“Saya seorang yang setia dan saya tidak akan melepaskan Lolly. Saya tahu dia juga berperasaan sama,” jelasnya.
Untuk rekod, Lolly, 17, adalah anak hasil perkahwinan pertama Nikita dengan Aizawa Nasseru pada 2006.
Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya. – Agensi