Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin cacar diluluskan rawat cacar monyet

    COPENHAGEN, 25 JULAI – Suruhanjaya Eropah (EU) telah meluluskan penggunaan vaksin cacar untuk merawat cacar monyet selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet kecemasan kesihatan global, kata firma ubat Belanda yang membangunkan vaksin itu.

    “Suruhanjaya Eropah telah melanjutkan kebenaran pemasaran untuk vaksin cacar syarikat, Imvanex, untuk memasukkan perlindungan daripada cacar monyet’ sejajar dengan cadangan oleh badan pemerhati ubat-ubatan EU, kata Bavarian Nordic dalam satu kenyataan.

    “Kelulusan adalah sah di semua Negara Anggota Kesatuan Eropah serta Iceland, Liechtenstein dan Norway.”

    Pada Sabtu, WHO telah mengisytiharkan wabak cacar monyet, yang menjejas hampir 16,000 orang di 72 negara, kecemasan kesihatan global – amaran tertinggi yang dikeluarkan.

    Imvanex telah diluluskan di EU sejak 2013 untuk pencegahan cacar. Ia juga dianggap vaksin berpotensi untuk cacar monyet disebabkan persamaan di antara virus cacar monyet dan virus cacar.

    Cacar adalah kurang berbahaya dan berjangkit berbanding cacar, yang dibasmi ada 1980.

    EMA menjalankan penilaian saintifik ke atas ubat-ubatan dan memberikan cadangan mengenai sama ada sebarang ubat harus dipasarkan.

    Bagaimanapun, di bawah undang-undang EU, EMA tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan pemasaran di negara EU berlainan. Suruhanjaya Eropah yang merupakan badan berkuasa akan membuat keputusan berdasarkan cadangan EMA. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bebuli vaksin cacar semasa kempen vaksinasi di Pusat Pride di Wilton Manors, Florida. Kesatuan Eropah meluluskan penggunaan vaksin cacar untuk merawat cacar monyet kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda