BEIJING, 30 DIS – Percubaan fasa ketiga vaksin koronavirus Sinopharm didapati 79 peratus berkesan, kata syarikat gergasi China hari ini, lebih rendah daripada vaksin pesaing yang dibangunkan oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna namun berpotensi berjaya dalam perjuangan untuk mengubati pandemik di Asia.
China yang menjadi tempat kemunculan pertama pandemik telah berlumba-lumba bersama negara Barat untuk membangunkan vaksin COVID-19 sendiri, dengan lima sudah pun dalam percubaan klinikal Fasa 3 namun belum lagi diluluskan secara rasmi.
Pengumuman hari ini itu adalah data pertama yang disiarkan berkaitan keefisienan calon vaksin Cina.
“Kesan pelindung vaksin Sinopharm CNBG Beijing ke atas COVID-19 adalah 79.34 peratus,” kata Institut Produk Biologi Beijing, subsidiari Sinopharm yang telah membangunkan vaksin bersama CNBG.
Sinopharm telah memohon kepada pengawal atur ubat-ubatan China bagi kelulusan vaksin koronavirus yang tidak aktif, menurut kenyataan itu, sejenis inokulasi menggunakan partikel patogen.

Namun China bergelut untuk mendapatkan kepercayaan antarabangsa ke atas calon-calon vaksinnya, dihambat oleh kekurangan ketelusan atas keputusan ujian.
Percubaan Fasa 3 juga lambat untuk diselesaikan yang telah dijalankan di seberang laut yang disebabkan kejayaan China mengekang penularan COVID-19 dalam lingkungan sempadannya.
Sementara itu, negara-negara Barat telah menonjol di hadapan bersama pengeluaran dan kelulusan vaksin.
Ratusan juta dos telah ditempah daripada calon hadapan Pfizer-BioNTech dan Moderna, yang mempunyai kadar keberkesanan masing-masing iaitu 95 dan 94 peratus.
Meskipun vaksin dan data sedikit dan tidak dibuktikan, lebih satu juta orang sudah pun mengambil suntikan tidak diluluskan itu di China di bawah program kecemasannya.
Mereka termasuk kakitangan kesihatan barisan hadapan, pekerja perusahaan negara dan pekerja yang merancang untuk berkunjung ke luar negara.
China merancang untuk memvaksin jutaan lagi penduduk pada musim sejuk ini menjelang Tahun Baharu dan pegawai berikrar mengeluarkan kapasiti vaksin kepada lebih 1 bilion dos tahun hadapan. – AFP