Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin diberi percuma

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa suntikan vaksin COVID-19 adalah percuma bagi kesemua rakyat dan penduduk yang bermastautin di negara ini.

    Sehubungan itu, tindakan menyebarkan maklumat palsu bermaksud untuk mengelirukan dan menimbulkan ketakutan dan kegelisahan serta ketegangan dalam kalangan masyarakat adalah menjadi kesalahan dan boleh dilaporkan di bawah perundangan Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148.

    Kenyataan Kementerian Kesihatan itu dikeluarkan berdasarkan beberapa posting di media sosial yang dikatakan mengelirukan orang ramai mengenai pemberian vaksin yang tidak benar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda