Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Vaksin Ebola pertama dijangka tiba di Uganda

    GENEVA, 17 NOV – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semalam beliau menjangka dos pertama vaksin Ebola yang menyasarkan strain di sebalik wabak di Uganda akan tiba di negara itu pada minggu depan.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata jawatankuasa pakar telah menilai tiga vaksin percubaan Ebola dan memutuskan kesemuanya harus diuji di Uganda sebagai sebahagian daripada penyelidikan sebelum diluluskan.

    “Kami menjangka dos pertama vaksin akan dihantar ke Uganda pada minggu depan,” kata Tedros, menambah pegawai kini telah mengesahkan 141 kes, termasuk 55 kematian, dalam wabak yang berlaku sekarang, yang merupakan Ebola strain Sudan yang pertama dalam lebih 10 tahun.

    Ketua WHO berkata usaha untuk memperlahankan Ebola di Uganda telah mencatat kejayaan.

    Beliau berkata dua daerah belum melaporkan sebarang kes selama 42 hari, dua kali ganda tempoh inkubasi maksimum, sekali gus mencadangkan virus sudah tidak wujud di sana.

    Sementara vaksin Ebola ke atas strain Zaire adalah berkesan, strain Sudan jarang ditemui dan penyelidikan dalam vaksin tersebut belum dibangunkan. Strain Zaire telah mengakibatkan wabak berulang di Congo dalam beberapa tahun ini dan juga mencetuskan wabak teruk di Afrika Barat pada 2014 yang membunuh lebih daripada 11,000 orang. – AP

    Seorang pekerja kesihatan membasmi kuman di sebuah kem yang digunakan oleh mangsa Ebola di pusat pengasingan Ebola, di kampung Madudu, daerah Mubende, Uganda. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...