Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin kecemasan kurangkan kematian 60 peratus – Kajian

    GENEVA, 13 JULAI – Program vaksinasi kecemasan ketika wabak penyakit seperti taun, Ebola dan campak telah berjaya mengurangkan kadar kematian akibat penyakit berjangkit itu sebanyak hampir 60 peratus dalam tempoh 25 tahun lalu, menurut satu kajian baharu.

    Kajian yang disokong oleh pakatan vaksin global, Gavi, mendapati jumlah jangkitan turut menurun dalam kadar yang sama, selain menyumbang manfaat ekonomi yang dianggarkan bernilai berbilion euro.

    Kajian tersebut dilakukan oleh Gavi bersama penyelidik dari Burnet Institute, Australia dan dikatakan sebagai kajian pertama di dunia yang menganalisis kesan sejarah vaksinasi kecemasan terhadap kesihatan awam dan keselamatan kesihatan global.

    “Buat pertama kali, kita dapat mengira secara menyeluruh manfaat vaksin dari sudut kesihatan dan ekonomi apabila digunakan bagi menangani wabak penyakit berbahaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gavi, Dr. Sania Nishtar. “Kajian ini jelas menunjukkan keberkesanan vaksin sebagai langkah balas yang menjimatkan kos dalam menghadapi risiko wabak yang semakin meningkat di seluruh dunia.”

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Global Health minggu ini meneliti 210 wabak melibatkan lima penyakit berjangkit – taun, Ebola, campak, meningitis dan demam kuning – di 49 negara berpendapatan rendah dari tahun 2000 hingga 2023. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda