PARIS, 2 FEB – Tiada pengeluar mampu menghasilkan vaksin koronavirus untuk sedia digunakan sebelum pertengahan tahun ini, walaupun usaha global yang intensif, kata seorang eksekutif biotek-nologi semalam.
Perkara itu dinyatakan ketua eksekutif Moderna Therapeutics, Stephane Bancel, satu daripada beberapa entiti yang terbabit dalam usaha antarabangsa bagi menghasilkan vaksin secepat mungkin untuk virus yang membawa maut seperti SARS, juga dikenali sebagai 2019-nCoV, yang telah membunuh lebih daripada 200 orang. Moderna bekerja dalam penyelarasan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, manakala Inovio Pharmaceuticals dan University of Queensland di Australia sedang melaksanakan langkah alternatif.
Semua mereka telah menerima pembiayaan dari Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI), sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk membiayai penyelidikan bioteknologi yang mahal. Namun, Bancel memberi amaran bahawa “tiada pengilang akan dapat menyediakan vaksin itu untuk musim panas”.
Dalam wawancara berbahasa Perancis dengan AFP, Bancel juga menggambarkan teknologi yang digunakan Moderna dalam pendekatannya.
“Ia berdasarkan teknologi messenger RNA. Messenger RNA (mRNA) adalah molekul maklumat berkod,” katanya. – AFP