THE HAGUE, 5 MEI – Badan pemerhati ubat-ubatan Kesatuan Eropah berkata hari ini ia sedang menilai kemungkinan penggunaan vaksin COVID Moderna untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, satu-satunya kumpulan yang belum menerima suntikan tersebut di kebanyakan negara.
“Kami baru sahaja memulakan penilaian permohonan dari Moderna untuk melanjutkan penggunaan Spikevax untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun,” kata Marco Cavaleri, ketua anti jangkitan dan vaksin di Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA).
“Ia adalah permohonan pertama untuk kumpulan umur tersebut,” kata Cavaleri. Pada Februari, jawatankuasa ubat EMA telah pun mencadangkan meluluskan pelanjutan vaksin Spikevas untuk digunakan dalam kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.
Vaksin itu, dibangunkan oleh Moderna di AS, telah pun diluluskan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas.
EMA setakat ini telah meluluskan lima vaksin untuk kegunaan di EU: Pfizer dan Moderna, yang menggunakan teknologi messenger RNA, AstraZeneca dan Johnson & Johnson, yang menggunakan teknologi vektor viral, dan Novavax, yang berdasarkan spike protein yang dihasilkan dalam makmal. – AFP