Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin mRna China kini di fasa ketiga 

    BEIJING, 27 SEPT – Saintis China kini sedang menjalankan ujian klinikal fasa tiga penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 mRNA di Mexico, Nepal dan Indonesia.

    Penyelidik Institut Pengajian Perubatan Ketenteraan, Akademi Sains Kententeraan China, Qin Chengfeng berkata, pihaknya masih menunggu keputusan akhir ujian klinikal itu. 

    “Pasukan R&D turut menambah baik teknik menangani kestabilan haba vaksin terbabit.

    “Ia bagi memastikan suhu untuk penyimpanan dapat dikekalkan pada suhu dua hingga empat darjah Celsius,” katanya pada Forum Sains dan Kesihatan Nyawa Global di sini, pada Sabtu. Menyentuh mengenai varian baharu COVID-19, Qin berkata berpandukan keputusan pemeriksaan antibodi terhadap varian Alpha, Beta dan Delta, vaksin mRNA dilihat dapat meneutralkan ketiga-tiga varian itu selain mampu menyediakan perlindungan yang baik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda