Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin remaja guna Moderna ditangguh

    WASHINGTON, 31 OKT – Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna berkata semalam yang pegawai Amerika telah menangguhkan kelulusan vaksin COVID-19 untuk remaja bagi memberi lebih banyak masa untuk menilai dengan lebih baik potensi risiko mendapat miokarditis atau keradangan jantung.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat “memaklumkan kepada Moderna bahawa agensi itu memerlukan masa tambahan untuk menilai analisis antarabangsa baru-baru ini mengenai risiko miokarditis selepas vaksinasi,” kata syarikat bioteknologi itu dalam kenyataan semalam.

    Penilaian sama ada untuk mengesyorkan vaksin Moderna untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun boleh berlarutan sehingga Januari 2022, kata syarikat itu.

    Miokarditis dan risiko yang berkaitan, perikarditis (keradangan di sekitar jantung) sebelum ini dikaitkan dengan vaksin Pfizer dan Moderna terutama dalam kalangan remaja lelaki dan lelaki muda.

    Bagaimanapun risiko itu jauh lebih tinggi selepas jangkitan COVID-19, menurut kajian yang diterbitkan pada Ogos oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

    CDC mendapati “miokarditis selepas vaksinasi dengan vaksin mRNA jarang berlaku dan secara amnya ringan,” kata Moderna.

    Satu lagi vaksin mRNA COVID-19 oleh Pfizer-BioNTech, pada Jumaat menerima kelulusan AS untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, dalam dos yang lebih kecil berbanding orang dewasa.

    Moderna sebelum ini dilaporkan berkata ia sedang menunggu FDA untuk memutuskan sama ada untuk meluluskan vaksinnya untuk remaja di bawah umur 18 tahun sebelum mendapatkan kelulusan pengawal selia untuk kumpulan umur yang lebih muda. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda