Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin RSV punca kematian anak damit menurun di AS

    NEW YORK, 9 MEI – Kadar kematian anak damit di Amerika Syarikat (AS) telah menurun tahun lalu selepas dua tahun kekal pada paras tinggi pasca pandemik.

    Sesetengah pakar percaya penurunan ini sebahagiannya disumbangkan oleh kempen vaksinasi terhadap RSV atau virus pernafasan sinsitial, yang sering menyebabkan gejala seperti selesema dan boleh membahayakan bayi.

    Menurut data awal daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang disiarkan kelmarin, kadar kematian anak damit menurun kepada kira-kira 5.5 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2024.

    Berbanding dengan jumlah kematian 5.6 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup dalam dua tahun sebelumnya.

    Pegawai CDC menjangkakan angka akhir yang akan diumumkan hujung tahun ini tidak akan banyak berubah.

    Gambar fail papan tanda menandakan pintu masuk ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, pada 8 Okt 2013. – AP

    Kematian anak damit merujuk kepada jumlah anak damit yang meninggal dunia sebelum usia satu tahun. Oleh kerana jumlah kelahiran berubah setiap tahun, kadar digunakan untuk perbandingan lebih tepat dari semasa ke semasa.

    Menurut data CDC, jumlah kematian anak damit di AS menurun kepada 19,900 pada 2024, berbanding kira-kira 20,150 pada 2023.

    Kadar kematian anak damit di AS secara umum lebih buruk berbanding negara berpendapatan tinggi lain, disebabkan faktor seperti kemiskinan dan penjagaan pranatal yang tidak mencukupi.

    Namun, secara keseluruhan kadar tersebut telah bertambah baik sejak beberapa dekad lalu hasil kemajuan perubatan dan usaha kesihatan awam.

    Dalam laporan berasingan CDC yang turut dikeluarkan kelmarin, penyelidik mendapati kadar kemasukan anak damit ke hospital semasa musim virus pernafasan 2024-25 adalah 40 peratus lebih rendah berbanding purata sebelumnya.

    Namun Williams menambah, banyak lagi faktor yang perlu dikaji, dengan berkata kebanyakan penurunan kematian pada 2024 melibatkan anak damit berusia sekurang-kurangnya satu bulan.

    Perkara itu bukan saja disebabkan pengurangan kematian akibat RSV, tetapi juga kemalangan, pembunuhan atau sindrom kematian anak mengejut (SIDS). – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda