Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksin untuk budak 5-11 tahun dijangka tiba suku pertama tahun ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Kementerian Kesihatan masih lagi menunggu vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 11 tahun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara ini apabila ditanya bilakah kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun akan divaksinasi, pada sidang media hari ini di Dewan Al ‘Afiah Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menambah, pihak kementerian setakat ini masih lagi menunggu vaksin berkenaan yang dijangka tiba pada suku pertama tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda