Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksinasi bergerak akan dilaratkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Seramai 298 orang tampil mendapatkan vaksinasi dos pertama pada program vaksinasi bergerak yang diadakan di Labi, kelmarin dan ini menunjukkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

    Sehubungan itu, program seumpamanya akan dilaratkan ke Mukim Lamunin dan Sungai Asam dalam beberapa hari lagi, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

    Mengenai persoalan sama ada negara akan mengadakan langkah sama seperti beberapa buah negara luar yang hanya membenarkan mereka yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk premis perniagaan, Yang Berhormat Dato berkata, ia masih lagi dalam penilaian jawatankuasa dan mungkin akan dijadikan satu cara untuk mengawal penularannya lebih ketat lagi terutama apabila negara membuka ekonomi kelak.

    Beliau turut menekankan, sebelum gelombang kedua pandemik ini, kerajaan juga telah menggunakanaplikasi BruHealth, membenarkan mereka yang mempunyai kod hijau atau kuning sahaja masuk ke mana-mana premis.

    “Ini adalah antara satu rangkaian yang telah dibuat selain melakukan pemeriksaan suhu badan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda