Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Pihak Kementerian Kesihatan masih lagi menunggu maklumat daripada Pfizer mengenai kajian yang telah dibuat terhadap vaksinasi kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun. “Perkara ini masih diteliti, kerana kita mahu memastikan peringkat dan golongan kanak-kanak yang divaksinasi selain melihat apa kesan sampingan yang akan berlaku,”