Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksinasi remaja bermula selepas vaksin Pfizer tiba di negara ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada orang ramai bila vaksinasi kanak-kanak berumur 12 tahun hingga 17 tahun bermula setelah bekalan vaksin Pfizer tiba di negara ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menegaskan perkara itu semasa menjawab persoalan mengenai pelajar diminta untuk datang ke pusat vaksinasi pada 1 November ini. Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya berharap bahawa bekalan vaksin Pfizer akan tiba pada awal November, yang mana ia sepatutnya tiba di negara ini pada penghujung Oktober ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda