Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vaksinasi syarikat atas jemputan sahaja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan pihak relevan untuk melaksanakan vaksinasi bagi pekerja syarikat-syarikat di negara ini, berdasarkan jemputan sahaja.

    Sehubungan itu, syarikat-syarikat akan dihubungi dan dimaklumkan tarikh dan waktu bagi pekerja di bawah syarikat terbabit datang ke pusat vaksinasi.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata demikian semasa sesi soal jawab pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, usaha itu diambil untuk melihat keberkesanan konsep pelaksanaan pengawa-lan vaksinasi seumpamanya.

    Beliau menekankan syarikat-syarikat yang belum dihubungi, diingatkan untuk tidak datang ke pusat vaksinasi.

    “Syarikat-syarikat akan dihubungi melalui sama ada Jabatan Buruh atau melalui National Command Center untuk penjadualan vaksinasi,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda