LAUSANNE, 1 Mac – Bekas setiausaha agung FIFA Jerome Valcke (gambar) membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan ke atas penggantungannya selama 10 tahun kerana pelanggaran etika.
Badan dunia itu memecat bekas setiausaha agung dari Perancis itu pada Januari 2016 berhubung penjualan tiket Piala Dunia dalam pasaran gelap dan disyaki sebagai persetujuan televisyen. Valcke juga menjadi sasaran siasatan jenayah Switzerland terhadap urusan FIFA di bawah bekas ketuanya, Sepp Blatter.
FIFA pada mulanya menggantung Valcke selama 12 tahun tetapi dikurangkan kepada 10 tahun oleh jawatankuasa rayuan FIFA pada Jun tahun lalu. Tindakannya di CAS sekarang adalah bertentangan dengan jawatankuasa rayuan.
“Jerome Valcke berusaha untuk mencabar keputusan hukuman yang dikenakan ke atasnya ditarik balik,” kata kenyataan CAS.
Tribulan itu berkata panel timbang tara belum bersidang, dalam satu petanda bahawa sebarang keputusan akan memerlukan masa beberapa bulan.
Valcke yang didakwa memusnahkan bukti apabila berada di bawah siasatan, berulang kali menafikan sebarang salah laku.
Berikutan penggantungan itu, FIFA Jun lalu berkata ia telah menyerahkan maklumat kepada para pendakwa Switzerland dan pihak berkuasa AS mengenai beberapa aktiviti Blatter dan Valcke.
Pada 2008, pejabat Valcke memindahkan AS$10 juta bagi pihak pegawai penganjuran Piala Dunia 2010 Afrika Selatan kepada para pegawai kanan FIFA di Caribbean.
Pendakwa AS mengesyaki wang tersebut suapan sebagai balasan kerana mengundi Afrika Selatan sebagai tuan rumah Piala Dunia. – AFP