Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Valencia gagal tingkatkan prestasi

    MADRID, 21 FEB – Dalam kendalian pertama jurulatih baharu, Ruben Baraja, Valencia tewas di tangan Getafe 1-0 kelmarin untuk mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut dalam Liga Sepanyol, dan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan.

    Dengan keputusan tersebut, Valenciajatuh ke tangga dua terakhir, dua mata daripada zon penyingkiran, dan dijangka menambah bantahan daripada peminat terhadap pemilik Singapura, Peter Lim.

    Kapten Gabriel Paulista sempat bercakap kepada penyokong Valencia di Stadium Coliseum Alfonso Perez selepas perlawanan di mana beberapa peminat memegang papan tanda protes terhadap pemilik kelab tersebut.

    “Mereka perlu kekal bersama kami sehingga akhir,” kata Gabriel Paulista. “Kami akan terus berjuang sehingga saat akhir. Memang rumit untuk berada dalam situasi ini, tetapi kami tidak boleh takut dengan apa yang boleh berlaku. Kami perlu terus mencuba untuk memenangi perlawanan.”

    Valencia hanya mencatatkan satu kemenangan liga dalam 14 perlawanan terakhirnya dalam rekod buruk yang bermula di bawah jurulatih Gennaro Gattuso. Dia digantikan oleh Baraja, yang sebelum ini melatih divisyen dua.

    “Kami gagal memanfaatkan peluang kami,” kata Baraja. “Kekalahan tersebut menyebabkan kami kehilangan tiga mata yang sangat penting. Tetapi saya akan kekal positif dengan usaha dan sikap pemain kami. Kami tahu ia tidak akan mudah, tetapi kami akan terus bersaing.”

    Valencia seterusnya menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang skuad di tempat ketiga, Real Sociedad dan kemudian bertemu pendahulu liga, Barcelona. Getafe berada di tangga kesembilan Villarreal dalam pusingan seterusnya.

    Penyerang Borja Mayoral menjaringkan gol pertamanya sejak Januari pada minit ke-82 untuk menamatkan tujuh perlawanan berturut-turut Getafe tanpa kemenangan dalam semua pertandingan dan mengeluarkan pasukan itu dari zon penyingkiran. – AFP

    Pemain dari Valencia dan Getafe berebut bola semasa perlawanan Liga Sepanyol pada 2 November 2020. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...