Tuesday, April 8, 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Valencia lebur harapan Madrid untuk raih gelaran La Liga

    MADRID, 6 APRIL – Hugo Duro mencetak gol kemenangan pada masa tambahan untuk memberikan Valencia kemenangan 2-1 ke atas Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu, sekali gus menjejaskan peluang Los Blancos dalam perebutan gelaran La Liga.

    Duro, bekas pemain muda Real Madrid yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, menyempurnakan satu serangan balas pantas dengan tandukan kemas lima minit ke masa tambahan.

    Keputusan itu menghalang Real daripada menyamakan mata dengan Barcelona sebelum pendahulu liga itu beraksi menentang Real Betis semalam.

    “La Liga kini jadi lebih rumit, tapi kami harus terus berjuang hingga perlawanan terakhir,” kata jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.

    Kemenangan itu menyaksikan Valencia melonjak ke tangga ke-15, tujuh mata di atas zon penyingkiran.

    Real mempunyai peluang mengawal perlawanan seawal babak pertama apabila Cesar Tarrega didapati menjatuhkan Kylian Mbappe di dalam kotak penalti, namun sepakan lemah Vinicius Junior berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Valencia, Giorgi Mamardashvili.

    Ia merupakan sepakan penalti kedua berturut-turut yang gagal disempurnakan oleh pemain Brazil itu selepas turut mensia-siakan peluang dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

    Hanya seminit selepas itu, Valencia memperoleh sepakan penjuru dan Mouctar Diakhaby melompat lebih tinggi mengatasi Antonio Rudiger untuk menanduk masuk gol pembukaan. – AFP

    Aksi Kylian Mbappe (kiri), menggelecek bola semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Real Madrid CF dan Valencia CF di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda