Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Valencia terus tekan Barca, Atletico menang

    MADRID, 5 Nov – Valencia mudah menewaskan Leganes 3-0 semalam apabila mereka meneruskan prestasi cemerlang musim ini dengan lapan kemenangan berturut-turut, sekali gus mengekalkan tekanan ke atas pendahulu La Liga Barcelona.

    Skuad Marcelino Garcia Tiral juga berkongsi jumlah jaringan terbanyak pasukan dengan Barca, 30 gol dalam 11 perlawanan pertama mereka apabila Dani Parejo, Rodrigo dan Santi Mina menemui sasaran.

    “Tiada pasukan pun akan melalui 38 perlawanan tanpa kalah, tetapi kami mahu menikmati detik ini,” kata Marcelino.

    “Dalam bilik persalinan tidak ada terlalu sangat gembira, hanya ada realisme dan analisis berterusan.

    “Kami tahu bagaimana sukarnya untuk mengekalkan itu, ia secara praktikalnya mustahil.”

    Para pemain Valencia meraikan gol Santi Mina ke atas Leganes dalam aksi La Liga yang berkesudahan Valencia menang 3-0. – AFP

    Selepas membuat perjalanan ke Espanyol setelah rehat antarabangsa ini, Valencia akan menghoskan Barca di Mestalla pada 27 November.

    Parejo merupakan salah seorang pemain yang kembali bangkit selepas ketibaan Marcelino di Mestalla selepas dua musim buruk yang dialami Valencia.

    Berbeza pula dengan Atletico Madrid, yang mana pergelutan mereka berterusan tetapi skuad Diego Simeone keluar dengan kemenangan 1-0 menerusi gol lewat Thomas Partey di Deportivo la Coruna.

    Seri 1-1 di laman sendiri menenang juara Azerbaijan, Qarabag telah menamatkan kempen Liga Juara-Juara Atletico.

    Dan mereka bergelut dengan kurangnya kreativiti yang sama di Riazor, malah Simeone turut menggantikan penyerang Antoine Griezmann ketika perlawanan berbaki 10 minit.

    Namun, Simeone menumbuk udara tanda kelegaan apabila pemain tengah Ghana, Partey menerusi satu sepakan percuma ke sudut gawang, menjadikannya penjaring terbanyak Atletico setakat ini dengan empat gol.

    Kemenangan meletakkan Atletico tiga mata di depan pesaing bandar mereka, Real Madrid di kedudukan ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda