MEEBEKE, 25 Feb – Michael Valgren dari Denmark muncul sebagai pemenang mengejut di perlumbaan sehari Spring Classic di Belgium kelmarin.
Penunggang basikal berusia 26 tahun dari pasukan Astana itu memanfaatkan pecutan solo yang lewat untuk memenangi perlumaan 196km Omloop Het Nieuwsblad itu.
Penunggang dari Poland, Lukasz Wisniowski dari Team Sky berada di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Sep Vanmarcke dari Belgium.
Pemegang gelaran dan juara Olimpik, Greg Van Avermaet gagal meraih kedudukan 10 teratas meskipun menjadi sebahagian daripada 13 penunggang paling depan.
Kemenangan Valgren hadir hanya ketika perlumbaan berbaki 2km ketika rakan sepasukannya keberatan untuk mendahului perlumbaan.

“Kami mempunyai tiga penunggang dan kami perlu melakukan sesuatu kerana kami mempunyai beberapa orang pemandu yang pantas (dalam pecutan itu),” kata Valgren.
“Kami mempunyai Oscar (Gatto) dan (Alexey) Lutsenko yang juga pantas, jadi ia terpulang pada saya untuk membuat pecutan.”
Kemenangan Valgren adalah satu rangsangan positif buat Astana, yang mana pengurus pasukan, Alexandre Vinokourov awal minggu ini mendedahkan bahawa pasukan kini berada dalam masalah kewangan kerana belum menerima dana daripada kerajaan Kazakhstan.
Musim Spring Classic diteruskan hari ini dengan Kuurne-Brussels-Kuurne, secara tradisinya satu perlumbaan bagi pemecut dan sudah dua kali dimenangi oleh Mark Cavendish dari Britian. – AFP