LIVERPOOL, 4 April – Virgil van Dijk kembali ke bekas kelabnya, Southampton esok dengan rekod reputasi selepas menjadi salah seorang pemain yang berpengaruh dalam persaingan gelaran Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester City.
Dengan ancaman serangan yang dihadapi The Reds, skuad kendalian Jurgen Klopp terhutang budi terhadap pemain pertahanan Belanda yang menyertai dari Southampton 15 bulan lalu dengan nilai perpindahan berjumlah AS$99 juta yang turut menarik perhatian ramai pihak.
Tetapi sekarang pelaburan itu dilihat paling berbaloi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, apabila Van Dijk turut menjadi perhatian pada perlawanan hujung minggu lalu menentang Tottenham.
Dalam aksi tersebut, Tottenham meraih peluang dalam pergerakan dua lawan satu yang melibatkan Van Dijk berdepan dengan Moussa Sissoko dan Son Heung-min.
Van Dijk membuat keputusan untuk membiarkan Sissoko dengan bola dan memaksanya untuk melepaskan rembatan dalam keadaan yang tidak selesa.
“Sudah tentu,” kata Andy Robertson apabila ditanya mengenai kebolehan Van Dijk pada ketika itu. – AFP