Saturday, December 28, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Van Dijk kembali beraksi

    LONDON, 30 JULAI – Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (gambar) kembali beraksi buat kali pertama selepas sembilan bulan dalam perlawanan persahabatan pramusim semalam.

    Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan ligamen lutut ketika aksi menentang Everton Oktober lalu.

    Dia selepas itu tidak dapat beraksi sepanjang musim untuk membantu Liverpool mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terlepas aksi di Euro 2020.

    Perlawanan semalam, dia diturunkan sebagai pemain gantian di minit ke-69 dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan Liverpool tewas 3-4 kepada kelab Jerman, Hertha Berlin di Austria.

    “Sukar untuk menggambarkan perasaan saya tapi ia sangat penting kerana sentiasa mendapat sokongan daripada orang yang hebat.Pakar bedah, ahli fisioterapi, jurulatih dan staf yang sentiasa di belakang saya bermula pada hari pertama.

    “Begitu juga dengan rakan sepasukan yang sentiasa memberi kekuatan dan membuatkan saya tidak menyerah kalah.

    Penyokong yang sentiasa menyayangi saya, memberi sokongan dan dorongan. Paling penting keluarga saya tanpa mereka ia tidak bermakna,” katanya.

    Turut membuat penampilan semula adalah Joe Gomez yang juga cedera di bahagian lutut ketika mewakili England pada Oktober.

    “Saya tidak pasti, 260 hari buat Virg dan juga Joe tidak bermain bola, jadi saya gembira mereka kembali,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

    Liverpool memulakan kempen EPL di Norwich City pada 14 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda