Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Van Dijk mungkin digantung lebih lama

    LONDON, 30 OGOS – Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk didakwa bertindak tidak wajar selepas dia dibuang padang ketika menentang Newcastle, Ahad lalu.

    Van Dijk dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Newcastle, Alexander Isak pada separuh masa pertama yang menyaksikan Liverpool melakar kemenangan 2-1 pada perlawanan di St James’ Park.

    Bek tengah Belanda itu berang dengan hukuman berkenaan dan pada mulanya enggan meninggalkan padang apabila dilihat bertekak dengan pengadil perlawanan, John Brooks.
    Van Dijk kini digantung satu perlawanan sekali gus menyebabkannya tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang Aston Villa hujung minggu ini.

    Namun dia mungkin menerima hukuman lebih berat selepas berdepan pertuduhan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kerana menggunakan bahasa kesat atau menghina pegawai perlawanan.

    “Virgil van Dijk didakwa melanggar Peraturan FA E3.1 dalam perlawanan Liga Perdana antara Liverpool menentang Newcastle United, pada 27 Ogos.

    Virgil van Dijk (kiri) bertekak dengan Fabian Scchar semasa perlawanan di antara Newcastle dan Liverpool di St James’ Park di England pada 27 Ogos. – AP

    “Pemain pertahanan itu didakwa bertindak dengan cara yang tidak wajar dan/atau menggunakan kata-kata kesat dan/atau menghina pegawai perlawanan,” kata FA dalam satu kenyataan.

    Van Dijk mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk menjawab pertuduhan itu.

    Bercakap sejurus selepas perlawanan dengan Newcastle, bos Liverpool, Jurgen Klopp menyelar hukuman dikenakan ke atas pemain pertahanan itu.

    “Saya tidak fikir ia adalah kad merah. Hampir tiada sentuhan, sangat sedikit, tetapi apa yang boleh saya katakan? Saya tidak boleh mengubahnya,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda