Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Van disyaki ada kaitan serangan Sepanyol ditahan

    ROTTERDAM, Belanda, 24 Ogos – Polis Belanda hari ini menyiasat kemungkinan hubungan keganasan selepas menahan seorang warga Sepanyol yang memandu sebuah van yang mengandungi tong gas menghampiri satu konsert rock yang membatalkannya dengan serta merta disebabkan kebimbangan berlakunya serangan.

    Lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis, kata polis Rotterdam di Twitter lewat semalam, ekoran maklumat pihak berkuasa Sepanyol. Penangkapan dilakukan kurang seminggu selepas dua serangan di Sepanyol yang membunuh 15 orang, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan IS.

    Skuad bom ‘sedang menyiasat van’ tidak jauh dari dewan konsert Maassilo di mana band AS akan membuat persembahan.

    Sebelum itu, pihak berkuasa Belanda memutuskan untuk membatalkan konsert oleh kumpulan California Allah-Las di bandar pelabuhan terbesar Eropah selepas menerima maklumat daripada polis Sepanyol pada kira-kira 5:30 petang mengenai kemungkinan berlakunya serangan keganasan.

    “Awal petang, saya diingatkan menerusi telefon kami telah menerima satu ancaman yang mempunyai implikasi ke

    atas konsert di Maassilo di Rotterdam,” beritahu datuk bandar, Ahmed Aboutaleb. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda