SEORANG bekas juruukur telah memperuntukkan sebanyak 15,000 pound untuk merealisasikan sebuah kenderaan menjadi sebuah ‘van kabin’ yang mewah.
Guy Williams, 39, sedang melancarkan pengembaraan dunia dengan menggunakan kenderaan tersebut.
Kenderaan lama itu telah diubah dengan rekaan yang sangat cantik dan teliti serta menggunakan bahan kayu sekali gus mempamerkan suasana yang sangat menakjubkan.
Van itu juga dilengkapi dengan perabot kerusi yang diletakkan di sebelah tingkap van tersebut bagi memudahkan pemiliknya menikmati hidangan makan malam sambil menyaksikan panaroma luar di sisi tingkap itu.
Rumah mudah alih ini juga mempunyai semua mod kontra, dengan dilengkapi ruang menonton televisyen, ruangan dapur, pancuran mandian, peti sejuk dan sofa untuk tetamunya.


Williams mendapat ilham untuk menukarkan van tersebut selepas 10 tahun membuat kajian dan tinjauan sebelum dia memutuskan untuk berpindah dalam bidang pengurusan hotel.
Tetapi dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membeli sebuah bekas kenderaan dan seterusnya menukarkannya menjadi sebuah van dalam masa setahun dan kini ia telah mengembara seluruh Eropah menggunakan van tersebut bersama anak kan-dungnya yang berusia enam bulan, Ethel.
Williams, yang kini berada di Portugal, berkata: “Pada awalnya saya merasa ragu.”
“Saya pernah menjadi juruukur di beberapa buah bangunan dan saya berhenti.
“Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk mereka sebuah van serba guna tatkala saya menyewa flat di Bristol.
Beliau menambah: “Saya ingin melakukan sesuatu yang lebih besar dan saya akhirnya membeli kenderaan lama ini dari Belanda dan membawanya untuk diubahsuai.
“Saya mula melakukan kerja-kerja pengubahsuaian selepas sahaja membeli kenderaan lama itu.
“Setelah siap, van itu kini menjadi tempat tinggal saya dan saya boleh meletakkan kenderaan itu di mana-mana sahaja.
Setelah selesai membina van awal tahun ini, Williams memulakan pengembaraannya pada awal September, dengan rancangan menuju ke Maghribi.
Beliau menambah: “Saya tidak melakukan banyak perubahan pada kenderaan tersebut kerana saya menyukainya.
“Apa yang anda perlukan adalah bahan api dan kos makanan anda.
“Tinggal di dalam sebuah van tidak memerlukan kos hidup yang tinggi dan anda berpeluang untuk pergi ke mana sahaja anda mahu,” tambahnya.