ISTANBUL, 10 Feb – Persekutuan Bola Sepak Turki telah mengenakan penggantungan tiga perlawanan ke atas bintang Feberbahce Robin van Persie dan pemain pertahanan Serbia, Dusko Topic pula digantung empat perlawanan berikutan ketegangan yang berlaku ketika aksi Piala Istanbul minggu ini.
Kedua pemain tersebut terlibat dalam satu insiden yang telah menyaksikan Tosic diarah meninggalkan padang di minit ke-41, tetapi para penyokong Besiktas merasakan bahawa van Persie juga selayaknya menerima nasib yang sama.
Van Persie terjadi di atas padang selepas Tosic membuat hantukan ke kepala van Persie.
Fenerbahce memenangi perlawanan itu dengan jaringan 0-1 di Stadium Besiktas, jaringan kemenangan itu dihasilkan oleh van Persie, yang tiba dari Manchester United musim lepas, di minit ke-71.
Pemain dari Belanda itu kemudian menjadi sasaran kemarahan isteri Tosic dalam laman Twitter, isteri Tosic merupakan bintang pop Serbia, Jelena Karleusa.
Persekutuan berkata bahawa selepas satu mesyuarat yang terdiri daripada jawatankuasa disiplin, van Persie dikenakan penggantungan tiga perlawanan dan dikenakan denda 19,500 lira Turki (AS$5,300).
Beberapa keping gambar daripada perlawanan tersebut telah menyaksikan van Persie membuat aksi biadab ke arah para pemain Besiktas dan penyokong.
Tosic pula digantung empat perlawanan dan didenda 71,000 lira Turki (AS$19,270) atas insiden kad merah tersebut. Pengurus Besiktas, Senol Gunes pula digantung satu perlawanan. – AFP