Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanda operasi setiap hari, tawar pelbagai hidangan dim sum

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Bermula Julai ini, Restoran Vanda Chinese yang menawarkan masakan ala Cina dan terkenal dengan hidangan dim sum akan mula beroperasi setiap hari, kecuali esok (2 Julai) Vanda hanya akan beroperasi bagi perkhidmatan malamnya.

    Restoran yang terletak di Hotel Mulia, Anggerek Desa itu juga menawarkan hidangan ala carte dim sum bermula pertengahan Julai ini setiap hari pada waktu tertentu manakala hari Ahad bufet dim sum boleh diperolehi melalui tempahan berkumpulan.

    Antara menu dim sum yang disediakan di restoran tersebut termasuk Szechuan Parsley Chicken Dumpling berkukus, sayap ayam dengan sos kacang hitam, Udang Cheong Fun, wantan goreng, pankek Cina dengan inti lotus, krim sagu sejuk dan banyak lagi.

    Bagi pemegang kad kredit Baiduri, mereka layak mendapat potongan harga istimewa, manakala bagi kemudahan pelanggan lainnya, Hotel Mulia turut menyediakan kemudahan surau di aras tiga dan tempat letak kereta yang luas.

    Pelbagai hidangan dim sum yang ditawarkan oleh Restoran Vanda Chinese.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda