Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanda perkenal hidangan istimewa

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Ketika komuniti Cina menyambut perayaan Pertengahan Musim Luruh, juga dikenali sebagai Festival Kuih Bulan, Restoran Cina Vanda, Hotel Mulia akan menawarkan set makan tengah hari dan malam Festival Pertengahan Musim Luruh sehingga 11 September ini.

    Cef Vanda yang pakar dalam masakan Cina, Cef Wong bersama pasukannya telah menyediakan set menu khas untuk lapan hingga 10 orang atau empat hingga lima orang dan pelanggan dinasihatkan supaya membuat tempahan dua hari lebih awal.

    Menu yang dihidangkan termasuk Fish Maw Soup, Roasted Chicken with Prawn Crackers, Deep Fried Garlic & Soya Sauce Prawn, Dried Orange Skin & Ginger Steamed Seabass, Braised Tauken with Bailing Mushroom & Broccoli dan datang bersama pencuci mulut yang terdiri daripada Longan Beancurd Jelly, Kuih Bulan Panggang dan teh Cina.

    Bagi penggemar kuih bulan pula, Vanda juga menawarkan kuih bulan perisa baharu, iaitu Golden Cheese Custard, Yogurt Strawberi dengan Laici dan Musang King dengan Trufel.

    Kuih bulan perisa baharu yang disediakan oleh cef dari Hotel Mulia. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: Antara set menu khas yang ditawarkan sempena Festival Pertengahan Musim Luruh di Hotel Mulia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda