Monday, July 14, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanessa Hudgens umum hamil anak kedua

    Pelakon dan penyanyi terkenal, Vanessa Hudgens berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan pemain besbol profesional, Cole Tucker.

    Pengumuman itu dibuat Vanessa menerusi hantaran terbaharunya di Instagram pada Sabtu lalu, menurut laporan mStar.

    Dalam perkongsian itu, Vanessa, 36, memuat naik tiga keping gambar memaparkan dia dan suaminya tersenyum sambil menunjukkan ‘baby bump’ yang semakin membesar.

    Pasangan itu kelihatan bahagia dan teruja menantikan kehadiran cahaya mata kedua.

    Sebelum ini Vanessa memuat naik ucapan hari jadi romantik buat Tucker yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29.

    Mereka turut bergambar bersama dengan gaya lucu dengan memakai cermin mata ranggi.

    “Selamat hari jadi kepada sahabat baik, kekasih dan rakan hidup saya. Awak segalanya bagi saya. Tiada siapa yang mampu menandingi awak,” tulisnya.

    Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari 2023 dan melangsungkan perkahwinan di Tulum, Mexico, pada Disember tahun yang sama. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 3 Julai tahun lalu. – Agensi

    Vanessa kongsi berita hamil anak kedua di Instagram. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda