Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Vanuatu minta bantuan antarabangsa, hospital melebihi kapasiti

    WELLINGTON, 19 DIS – Kemudahan hospital di Vanuatu “benar-benar melebihi kapasiti” apabila negara kepulauan Pasifik itu meminta bantuan antarabangsa selepas mengalami gempa bumi besar, lapor Xinhua.

    “Saya telah melawat hospital utama Vila Central semasa saya berada di Vanuatu tahun lepas dan ia benar-benar berada dalam keadaan terlalu padat,” kata Michelle McCrystall, seorang saintis iklim di Universiti Auckland, hari ini.

    Gempa bumi yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “gegaran menegak frekuensi tinggi yang ganas” itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan lebih 200 cedera setakat ini selepas bangunan runtuh. Amaran tsunami awal telah ditarik balik.

    “Kemudahan hospital di Vanuatu sudah kekurangan sumber dan peralatan perubatan yang baik dan mereka terpaksa bergantung pada peralatan terpakai untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara,” kata McCrystall.

    Beliau menambah kematian dan kecederaan yang berlaku akan membebankan industri kesihatan yang sudah sedia kekurangan kakitangan dan memerlukan lebih ramai jururawat dan doktor untuk memberikan penjagaan kesihatan yang mencukupi serta peralatan perubatan yang lebih baik.

    Penerbangan bantuan dari New Zealand tiba di Vanuatu hari ini ketika usaha mencari mangsa terus dilakukan dan ratusan yang cedera dirawat selepas gempa bumi bermagnitud 7.3. Gempa itu berlaku berhampiran ibu negara, Port Vila, kira-kira 30 kilometer (km) dari pusat gempa pada pukul 12:47 dengan kedalaman 43km.

    Ian de Terte, ahli psikologi klinikal di Universiti Massey, berkata gempa bumi di Vanuatu adalah tragedi bagi penduduknya yang mengalami beberapa bencana dalam dekad yang lalu. – Bernama

    Gambar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Australia menunjukkan warga Australia menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Australia untuk penerbangan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bauerfield, Port Vila, Vanuatu pada 18 Disember. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Lelaki menang pertandingan ‘berbaring’ atas tilam selama 33 jam

    HOHHOT, CHINA, 21 NOV - Seorang lelaki di China...

    Inovasi EV masa depan

    Oleh James Kon -  Bukan setiap hari awda berpeluang memandu...

    Terkini

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...