Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Vanuatu siap sedia hadapi taufan Lola

    LOLA, 24 OKT – Vanuatu, negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik dijangka dibadai Taufan Lola dalam tempoh 24 jam akan datang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Jabatan Meteorologi dan Geo Hazard (VMGD) hari ini berkata ribut tropika diramal membadai pulau-pulau Toba, Sanma, Penama, Malampa dan Shefa, kesemuanya di bahagian utara pulau utama Efate.

    Air Vanuatu telah membatalkan kesemua penerbangan dan kapal diarahkan kembali berlabuh di pelabuhan ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku kejadian ribut seperti ‘tsunami’, menurut laporan Radio New Zealand.

    Amaran merah dikeluarkan untuk kawasan yang terjejas dan sebilangan penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sebagai langkah berjaga-jaga.

    VMGD juga menjangkakan hujan lebat boleh mencetuskan banjir kilat, terutama di kawasan berhampiran pantai, selain laut bergelora dan ombak kuat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...