Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    VAR batalkan kemenangan The Reds

    LONDON, 18 OKT – Kemenangan Liverpool telah dibatalkan ketika pertemuan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Everton disebabkan oleh keputusan VAR manakala Chelsea terikat 3-3 dengan Southampton dalam satu lagi perlawanan yang penuh drama kelmarin.

    Pasukan juara bertahan kendalian Jurgen Klopp begitu terdesak untuk bangkit daripada kekalahan 7-2 ke atas Aston Villa sebelum rehat perlawanan antarabangsa tetapi mereka terpaksa menerima keputusan seri 2-2 selepas jaringan akhir minit Jordan Henderson telah dibatalkan kerana ofsaid.

    Everton, yang gagal menewaskan Liverpool sejak 2010, kekal berada tiga mata di hadapan dari pasukan seteru Merseyside di puncak liga selepas beberapa keputusan penuh kontroversi dalam perlawanan di Goodison Park.

    Tetapi Klopp yang tidak percaya selepas jaringan Henderson pada minit akhir perlawanan menentang Everton yang bermain dengan 10 orang dibatalkan selepas keputusan ofsaid terhadap Sadio Mane.

    Dia turut tidak percaya bagaimana penjaga gol Everton, Jordan Pickford tidak dilayangkan kad merah dan tidak diberikan sepakan pe-nalti selepas terjahan ke atas Virgil Van Dijk.

    “Terdapat beberapa momen yang sangat penting semasa perlawanan,” kata Klopp. “Satu-satunya situasi yang saya lihat sekali lagi ialah jaringan Henderson dan saya tidak merasakan ia adalah ofsaid, tetapi ia diberikan ofsaid kerana seseorang telah membuat keputusan tersebut.” – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda