Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varane diketepikan beberapa minggu

    LONDON, 30 OGOS – Raphael Varane telah diketepikan selama ‘beberapa minggu’ ketika isu kecederaan Manchester United meningkat menjelang kunjungan Liga Perdana mereka ke Arsenal.

    Skuad Erik ten Hag bertandang ke utara London pada Ahad tanpa beberapa pemain untuk perlawanan terakhir mereka sebelum rehat antarabangsa.

    Luke Shaw dan Mason Mount kini tidak beraksi manakala pemain baharu Rasmus Hojlund masih belum membuat penampilan sulung kerana aduan sakit belakang.

    Tyrell Malacia, Amad Diallo, Kobbie Mainoo dan Tom Heaton telah terlepas permulaan kempen dan kini pertahanan Perancis berpengalaman, Varane berdepan masalah kecederaan.

    “Raphael Varane tidak akan beraksi untuk pasukan apabila Manchester United menentang Arsenal dalam Liga Perdana pada Ahad kerana kecederaan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan pada hari ini.

    “Pemain antarabangsa Perancis itu keluar pada separuh masa dalam kemenangan 3-2 kami menentang Nottingham Forest di Old Trafford pada Sabtu disebabkan masalah yang dihadapi, yang dijangka melihatnya tidak beraksi selama beberapa minggu.” – AFP

    Aksi Micky van de Ven (tengah), Raphael Varane (tengah kanan) dan Lisandro Martinez (tengah kiri) semasa perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur di London pada 19 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda