Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vardy buktikan tindak balas pemain

    LEICESTER, 28 Feb – Penyerang Leicester City Jamie Vardy menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, adalah tindak balas terhadap laporan negatif pihak media susulan pemecatan pengurus, Claudio Ranieri.

    Ranieri dipecat Khamis lalu, kurang 10 bulan selepas Leicester menamatkan kisah dongeng mereka dengan menjuarai trofi liga musim lalu, selepas mengalami lima kekalahan berturut-turut sehingga menyaksikan kelab itu berada di zon penyingkiran.

    Ranieri dikatakan hilang kepercayaan barisan pemain Leicester tetapi Vardy yang meledak dua gol berkata kritikan itu tidak adil buat mereka.

    “Kami menerima kritikan yang tidak adil daripada pihak media tetapi kamu sendiri boleh lihat pemain mahu memberikan reaksi terhadap perkara itu.

    Reaksi Vardy selepas menjaringkan gol kelmarin. – AFP
    Reaksi Vardy selepas menjaringkan gol kelmarin. – AFP

    “Prestasi pemain membuktikan segala-galanya dan kami mahu melakukannya secara konsisten. Saya tidak boleh menuding jari mengatakan mengapa kami tidak boleh lakukannya selalu. Kami sudah bekerja keras cuma ia tidak menjadi,” kata Vardy sejurus tamat perlawanan.

    Dalam perlawanan pertama sejak Ranieri dipecat Khamis lalu, Vardy meledak dua kali untuk penyandang juara liga itu.

    Danny Drinkwater turut menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh. Kemenangan itu membantu Leicester melonjak keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-15, dua mata di atas garisan selamat dengan berbaki 12 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda