Vardy gagal selamatkan Leicester

BURNLEY, 20 JAN – Ashley Westwood berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Burnley selepas ketinggalan ketika menentang Leicester.

Burnley berusaha mengekalkan kedudukan mereka di Liga Perdana untuk musim depan dan menggugat kedudukan Leicester untuk terus kekal bermain di Kejuaraan Eropah musim depan.

Burnley bermain di halaman sendiri telah mengalami kekalahan sebanyak lima perlawanan berturut-turut. Leicester berjaya mendahului perlawanan apabila Harvey Barnes menjaringkan gol di minit 34 pada babak pertama perlawanan.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, Chris Wood berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Manakala di minit ke-68, pasukan Leicester dihadiahkan sepakan penalti namun pemain penjaring terbanyak Liga Perdana, Jamie Vardy gagal melakukan jaringan apabila bola berjaya diselamatkan penjaga gawang Burnley, Nick Pope.

Pope sekali lagi berjaya menyelamatkan percubaan Vardy di minit ke-78 selepas beliau melepasi pertahanan Burnley menerusi jaringan pemain gantian Kelechi Iheanacho.

Burnley tidak mensia-siakan peluang mereka sejurus sahaja Chris Taylor melakukan serangan dan membuat hantaran lintang tetapi berjaya dihalang dan Westwood berjaya mendapatkan bola semula serta melakukan tendangan melepasi Kasper Schmeichel penjaga gawang Leicester di minit ke-79.

Ini merupakan kemenangan pertama di liga buat Burnley sejak 21 Disember lalu dan memberikan lima mata terselamat dari zon penyingkiran. Sementara itu Leicester gagal merapatkan jurang dengan tempat kedua Manchester City. – AP

Aksi Jamie Vardy ketika cuba melakukan jaringan semasa perlawanan menentang Burnley di Turf Moor pada 19 Januari. – AP