Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vardy, Mahrez jejas misi Spurs

    LEICESTER, 29 Nov – Jaringan ke-100 buat Jamie Vardy dalam liga bola sepak Inggeris membantu memberikan inspirasi kemenangan 2-1 Leicester City di gelanggang sendiri menentang Tottenham Hotspur awal pagi tadi, yang menyaksikan usaha pasukan pelawat bagi merebut gelaran terjejas.

    Vardy menjaringkan gol lebih awal sebelum Riyad Mahrez menggandakan pendahuluan Leicester, dan kemudian Harry Kane sempat memberikan penyudah mendebarkan buat Foxes di Stadium King Power.

    Kemenangan Leicester itu menyebabkan Spurs tanpa kemenangan dalam tiga aksi Liga Perdana, yang memperbaiki permainan selepas rehat dan memberikan tekanan ke atas Foxes.

    Tottenham dinafikan apa yang dilihat sepakan penalti pada minit akhir apabila Danny Rose dijatuhkan oleh Wilfred Ndidi.

    Tetapi fakta mengenai kekalahan ini meletakkan Tottenham, kali terakhir menjadi juara England pada 56 tahun lalu, 13 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

    Penyerang Foxes, Jamie Vardy (kanan) meraikan jaringannya bersama Danny Simpson ketika menentang Tottenham yang berkesudahan Leicester menang 2-1. – AP

    Leicester cuba mendapatkan inisiatif dari sepak mula, dan tandukan dari Wes Morgan dinafikan dari melintasi garisan oleh Rose selepas menerima sepakan sudut Marc Albrighton.

    Foxes terus dilihat cuba menyaingi Spurs menerusi serangan balas dan mendahului perlawanan dengan pergerakan mudah pada minit ke-13.

    Albrighton memastikan Vardy mendapatkan ruang di antara pemain pertahanan Davinson Sanchez dan Eric Dier.

    Pemain penyerang England itu kemudian mempamerkan ketajaman bagi menghasilkan voli yang tidak memberikan peluang kepada penjaga gol Spurs, Hugo Lloris. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda