Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varian diesel Foton View C2 dilancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Bee Motor Sdn Bhd, pengedar dan pemasar bagi jenama kenderaan Foton di Brunei, telah melancarkan varian diesel van Foton View C2 ke pasaran negara ini.

    Model baharu itu merupakan kenderaan yang menawarkan lebih kemudahan dan fleksibiliti untuk pelanggan yang mahukan pengangkutan cekap bahan api dan mampu dimiliki.
    Dengan enjin yang cekap dan telah terbukti di samping ciri-ciri dan keselesaan menerajui kelasnya, View C2 diesel baharu ini merupakan kenderaan ideal untuk memenuhi keperluan pengangkutan pelanggan.

    Ia dijana enjin diesel 4jb1T 2.8L turbo dan disokong oleh teknologi kejuruteraan Jepun.
    Digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan, jentera tersebut berupaya menghasilkan output keseluruhan 70Kw @3600rpm dengan kuasa kilas maksimum 225Nm @ 2300rpm.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh mengunjungi bilik pameran Bee Motors atau melayari media sosial syarikat berkenaan.

    Ikuti berita lanjut dalam Edisi Jumaat (Media Permata)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda