Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varian India dikesan, China sekat perjalanan

    BEIJING, 31 MEI – Pihak berkuasa China mengenakan sekatan perjalanan terbaharu, membatalkan penerbangan dan menguji ribuan penduduk Guangdong hari ini, selepas virus COVID-19 varian India dikesan di wilayah paling ramai penduduk di negara itu.

    Individu yang mahu meninggalkan Guangzhou, pusat wilayah yang didiami 100 juta penduduk, perlu menunjukkan keputusan saringan negatif dalam tempoh 72 jam, bermula 10 malam ini, kata bandar itu dalam pengumuman lewat kelmarin.

    Guangzhou yang juga hab perindustrian dengan hampir 15 juta penduduk yang terletak di utara Hong Kong, melaporkan 18 kes baharu COVID-19 penularan tempatan hari ini, sekali gus mencetus kebimbangan di negara yang berjaya mengawal penularan wabak itu.

    Pihak berkuasa Guangzhou mengarahkan penduduk daerah itu untuk menjalani ujian saringan COVID-19, manakala bandar berhampiran iaitu Foshan dan Shenzhen yang bersempadan dengan Hong Kong, turut menjalankan saringan besar-besaran selepas kes baharu dikesan minggu lalu.

    Menurut pemantau penerbangan VariFlight, ratusan penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou dibatalkan setakat tengah hari ini.

    Ketika sidang media semalam, pegawai kesihatan Guangzhou, Chen Bin, berkata semua pesakit COVID-19 di bandar itu ‘dijangkiti varian ditemui di India yang pantas merebak’.

    Sementara itu, satu kejiranan di daerah Liwan yang terletak di tengah-tengah Guangzhou dikenakan perintah berkurung pada Sabtu, dengan pasar dan sekolah ditutup, manakala orang ramai diarah kekal di rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda