Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varian JN.1 dominan di AS

    LOS ANGELES, 26 DIS – Sub varian koronavirus baharu, JN.1 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS), dan kini menyumbang hampir separuh daripada kes COVID-19 terbaru di negara itu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

    JN.1 kini merupakan varian yang paling cepat menular dan yang dominan di negara itu. Ia bertanggungjawab untuk lebih daripada 44 peratus jangkitan baharu di seluruh negara, meningkat daripada 21.4 peratus yang dilaporkan sebelumnya, menurut CDC.

    CDC menganggarkan JN.1 adalah paling kuat di wilayah timur laut termasuk New Jersey dan New York, di mana ia menyumbang hampir 57 peratus kes.

    JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan CDC telah menjejaki perkembangannya sejak Ogos. Ia pertama kali dikesan di AS pada September 2023.

    JN.1 mungkin lebih mudah berjangkit daripada varian lain “atau lebih baik untuk mengelakkan sistem imun kita daripada varian lain yang ada,” menurut CDC.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda