ASUS telah melancarkan varian LTE bagi tablet ZenPad 3S 10 (Z500M) tahun lalu iaitu Asus ZenPad 3S 10 LTE (Z500KL) yang didatangkan dengan sokongan 4G, pemproses lebih baik dan bateri lebih besar.
Asus ZenPad 3S 10 LTE (Z500KL) menonjolkan paparan IPS resolusi QXGA (2048×1536 piksel) 9.7 inci dengan teknologi Tru2Life+ dan sokongan berbilangan sentuhan.
Tablet berkenaan kini dikuasakan dengan SoC enam teras Qualcomm Snapdragon 650 pada 1.8GHz yang dipadankan dengan RAM 4GB dan GPU Adreno 510. Storan dalamannya kekal sama pada 32GB, bagaimanapun, Asus menawarkan 5GB storan cloud sepanjang hayat dan 100GB Google Drive bagi dua tahun.
Daripada segi kameranya, Asus ZenPad 3S 10 LTE dilengkapi kamera belakang 8MP dengan autofokus (rakaman video 1080p) dan kamera depan 5MP yang juga menyokong rakaman 1080p.
Tablet ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow, namun dipertingkatkan pada bahagian baterinya dengan bateri Li-polymer 7800mAh. Syarikat itu mendakwa, baterinya boleh bertahan 16 jam penggunaan.
Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, giroskop, e-kompas, sensor cahaya ambien, hall sensor dan cap sensor.
Pilihan sambungannya termasuk 4G LTE, USB Type-C, Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.1, GPS, GLONASS & AGPS dan jek audio 3.5mm.
Tablet ini mempunyai dimensi 242.3×164.2×6.75mm.