Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Varian Omicron di Kanada meningkat kepada lima

    WASHINGTON, 30 NOV – Dua lagi kes COVID-19 melibatkan varian Omicron dikesan di Ottawa, menjadikan jumlah kes di Kanada sebanyak lima setakat ini, kata pegawai.

    “Kelmarin kerajaan di Ontario mengumumkan dua individu di Ottawa diuji positif varian Omicron selepas mereka mengunjungi Nigeria sebelum ini. Kami tahu mengenai dua lagi pelancong yang pulang dan diuji positif varian Omicron,” lapor Sputnik memetik kenyataan pegawai Kesihatan Awam Ottawa dan disiarkan CP24 pada Isnin.

    Kes pertama melibatkan varian Omicron di Kanada dilaporkan di wilayah Quebec. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda