Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Variasi fesyen warnai Olimpik

    PARIS – Paris yang digelar sebagai bandar cahaya juga dikenali sebagai bandar fesyen iaitu salah sebuah ibu kota fesyen paling berpengaruh di dunia sejak beberapa abad.

    Oleh itu, tidak hairanlah pereka fesyen di seluruh dunia baru-baru ini sibuk untuk mereka pakaian seragam pasukan kebangsaan bagi meraih tumpuan yang jarang diperoleh.

    Apabila bercakap tentang fesyen Olimpik yang mewah sama ada untuk majlis perasmian yang gilang-gemilang atau untuk pertandingan semuanya akan tetumpu di Paris.

    Stella Jean berada di sana untuk menggayakan setiap atlet Haiti.

    Jean, seorang pereka Itali-Haiti yang berpangkalan di Rom, berkata bahawa dia mempunyai masa yang singkat untuk memukau dunia semasa malam upacara pembukaan.

    (Dari kiri) Atlet Olimpik Kanada iaitu Cindy Ouellet, Damian Warner dan Leylah Fernandez. Pelbagai pereka fesyen lain juga terlibat bagi menyerlahkan rekaan fesyen mereka pada Sukan Olimpik Paris. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Atlet penyelam (kiri) dan atlet dayung kanu Mexico memperagakan uniform Olimpik. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    Tanggapan yang akan dikenang selama bertahun-tahun.

    “Ia adalah satu kemenangan bagi para atlet untuk berada di sini,” kata Jean, di mana dia mereka gaya fesyen yang terang dan berwarna-warni bertujuan untuk menyerlahkan budaya negara Caribbean itu.

    Manakala Ralph Lauren pula menggayakan ratusan atlet pasukan Amerika Syarikat pada upacara pembukaan dan penutupan, untuk kali kesembilan.

    Lauren, yang mempersembahkan gaya kasual jeans biru dan blazer, bersama-sama Giorgio Armani, yang telah mereka bentuk pakaian seragam Itali sejak 2012.

    Ramai pereka fesyen terlibat pada tahun ini di mana kebanyakannya merupakan pengusaha muda yang ingin menyerlahkan fesyen rekaan mereka.

    Ia juga merupakan peluang untuk menekankan kualiti seperti kemampanan dalam fesyen dan kebolehsuaian seperti dalam reka bentuk untuk atlet Paralimpik.

    “Pereka dan pengilang kini menyedari bahawa rekaan fesyen ini boleh menjadi platform yang besar untuk mereka termasuk perkara-perkara lain,” kata Alison Brown, yang menjadi hos bersama audio siar mengenai acara yang berkaitan dengan Olimpik. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda