Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Veda Village: Kompleks pangsapuri ‘vegetarian’ Rusia

    SEKIRANYA anda seorang vegetarian tegar yang tidak dapat menghidu masakan daging, atau juga tinggal bersama seseorang yang menyukai daging, anda mungkin akan dapat berpindah ke sebuah kompleks pangsapuri khas untuk vegetarian yang terletak di Rusia.

    Veda Village, sebuah projek pembinaan yang sedang berjalan di pinggir bandar St. Petersburg, Rusia, telah direka untuk vegetarian yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan beretika bersama kelompok masyarakat yang sama.

    Perkara yang paling utama untuk membeli atau menyewa pangsapuri ini ialah mereka haruslah vegetarian.

    Para pelanggan akan menjalani temuduga dengan ejen jualan dan jika mereka gagal meyakinkannya yang mereka adalah seorang vegetarian sebenar, permohonan mereka akan ditolak.

    Diet bebas-daging bukanlah satu-satunya yang diperlukan untuk menduduki tempat di Veda Village ini.

    Dua daripada tujuh bangunan pangsapuri Veda Village ini telah disiapkan, manakala yang lainnya dijadualkan akan siap pada bulan ini. Keseluruhan kompleks ini dapat menampung sehingga 210 buah keluarga.
    Veda Village, sebuah projek pembinaan yang sedang berjalan di pinggir bandar St. Petersburg, Rusia, telah direka untuk vegetarian yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan beretika.

    Menurut pemaju, merokok dan penggunaan alkohol di kompleks kediaman ini juga turut dilarang.

    “Perkara utama mengenai kompleks ini adalah peluang untuk hidup dan berkembang bersama dengan masyarakat yang bersepakat,” kata Maya Podlipskaya, pengurus Veda Village, kepada agensi berita Rusia TASS. “Jika anda seorang vegetarian, anda dialu-alukan.”

    Veda Village menyasarkan untuk menjadi sebuah masyarakat yang mapan yang mana penduduknya sentiasa mampu diri dari segi tenaga, air, sisa rawatan, dan penghasilan makanan.

    Kompleks pangsapuri ini juga akan menampilkan pusat yoga, gimnasium, spa, kedai-kedai, kemudahan penjagaan diri, pusat pendidikan, serta restoran vegetarian.

    Dua daripada tujuh bangunan pangsapuri Veda Village ini telah disiapkan, manakala yang lainnya dijadualkan akan siap pada bulan ini.

    Keseluruhan kompleks ini dapat menampung sehingga 210 buah keluarga.

    Veda Village adalah kompleks kediaman vegetarian pertama di Rusia, tetapi nampaknya ia bukanlah yang pertama di dunia. Di India, permintaan terhadap pembangunan sepertinya telah bermula pada tahun 2000-an, yang mana ia pertama kali dibina di Chennai pada tahun 2012. Mereka juga memerlukan pembeli yang berpotensi dengan sikap vegetarian yang ketat.

    Oleh kerana larangan yang ketat oleh pemaju di Veda Village, ada yang melabelkannya sebagai tempat yang paling membosankan untuk hidup di dunia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda