LOS ANGELES, 7 JULAI – Bintang Los Angeles FC, Carlos Vela telah menarik diri dari kejohanan Major League Soccer (MLS) yang kembali semula di Orlando ketika wilayah itu bergelut dengan peningkatan kes COVID-19 dan isterinya juga bakal melahirkan anak.
“Saya mahu bersama rakan sepasukan saya di Orlando,” kata Vela, pemain MLS termahal pada 2019, dalam satu kenyataan.
Saya sentiasa mahu memberikan segala-galanya untuk kelab saya, peminat dan penyokong kami dan bandar LA.
“Bagaimanapun, demi kepentingan keluarga saya perlu tinggal di rumah dan bersama isteri semasa apa yang dianggap kehamilan berisiko.
“Saya akan rindu masa bersama rakan sepasukan dan jurulatih, tetapi saya akan menyokong LAFC dari sini.
“Saya tidak sabar untuk kembali ke padang, bermain untuk anda semua dan meraih kemenangan dengan kelab kami. Vamos LAFC!” kata Vela. – AFP
