CARACAS, 30 Julai – Venezuela hari ini merancang mengadakan pengundian untuk melantik badan undangan baru yang berkontroversi yang pembentukannya telah mencetuskan rasa cemas antarabangsa dan bantahan di jalan raya yang mengakibatkan maut yang membantah Presiden negara itu, Nicolas Maduro.
Maduro yang dalam kepayahan berusaha mengukuhkan rejimnya, meramalkan ‘kemenangan besar’ dalam pengundian Dewan Perhimpunan Pengundian warga negara yang mempunyai 545 anggota yang diberi kuasa untuk membubarkan parlimen yang dikawal pihak pembangkang dan menggubal semula perlembagaan.
Namun pihak pembangkang menggesa pemulauan pengundian itu dengan mengatakan pengundian itu adalah langkah ke arah ‘kepimpinan diktator’ oleh presiden yang tidak popular yang ingin terus berkuasa dengan sokongan pihak tentera yang setia.

AS , EU dan kuasa-kuasa Amerika Latin, termasuklah Argentina, Brazil Colombia dan Mexico, membantah pengundian itu dengan mengatakan ia akan memusnahkan demokrasi Venezuela.
Tinjauan oleh firma tinjauan Datanalisis, menunjukkan lebih 70 peratus rakyat Venezuela membantah idea dewan perhimpunan baru dan 80 peratus menolak kepimpinan Maduro.
Bantahan di jalan raya selama empat bulan yang menentang Maduro telah mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh dan memperlihatkan perpecahan politik teruk di negara yang kaya minyak ini yang menyebabkannya dicengkam bencana ekonomi. – AFP