Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Venezuela capai suku akhir Copa America

    LOS ANGELES, 27 JUN – Venezuela berjaya meraih tempat ke suku akhir Copa America kelmarin dengan kemenangan sukar 1-0 ke atas Mexico, yang juga menyaksikan Jamaica tersingkir daripada kejohanan itu.

    Penyerang veteran yang bermain untuk pasukan yang berpusat di Mexico, Salomon Rondon, meledak gol tunggal melalui sepakan penalti untuk memastikan tiga mata penuh bagi Venezuela, yang menghuni tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan.

    Mexico sementara itu masih boleh layak ke pusingan kalah mati dengan kemenangan ke atas Ecuador dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka pada Ahad.

    Tetapi pasukan Mexico pasti menyesal dengan kegagalan mereka untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata daripada pertembungan kelmarin dengan Venezuela di Stadium SoFi yang penuh sesak di Los Angeles.

    Pemain Mexico, Orbelin Pineda gagal menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-87 yang sepatutnya akan menjadikan kedudukan 1-1, tetapi percubaannya ditepis oleh penjaga gol Venezuela, Rafael Romo.

    Terdahulu, Rondon telah membawa Venezuela mendahului pada minit ke-57 melalui sepakan penalti selepas pemain Mexico, Julian Quinones melakukan pelanggaran terhadap pemain Venezuela, Jon Aramburu di dalam kotak penalti.

    Kemenangan Venezuela juga bermakna Jamaica tersingkir daripada kejohanan berikutan kekalahan 3-1 kepada Ecuador di Las Vegas pada hari yang sama. – AFP

    Aksi Johan Vasquez dari Mexico mencabar Rondon semasa perlawanan pada 26 Jun di Inglewood, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...